Tag Archives: bisnes mikro

Pitch ‘n’ Inspire @ Bual Bisnes Santai #3 Bersama Azharee Wahid

Alhamdulillah sesi Pitch ‘n’ Inspire @ Bual Bisnes Santai #3 yang amat bermanfaat ini berjaya dilaksanakan pada 15hb Februari 2014 dengan penuh perbincangan yang amat bermakna. Peserta yang hadir terdiri dari pelbagai lapisan usahawan; tukang jahit, katerer, pengeluar coklat Muslimin, pengusaha Butik Muslimah & Franchise partner Gloria Jean’s.

Antara perkara yang menarik diperbincangkan adalah cabaran usahawan dalam mendapatkan kakitangan yang berkualiti. Selain itu, isu pemasaran juga menjadi topik hangat dan juga aktiviti kebajikan oleh usahawan.

Usahawan yang berkongsi cabaran tersebut telah memilih 2 pemenang utama untuk Pitch lebih panjang dalam perkongsian cabaran dakam bisnes. Tn.Hj. Esa, pengasas Butik Muslimah Sahabat dan Puan Seri, pengasas Coklat Muslimin menjadi pemenang. Selepas Pitch panjang kesemua peserta terus berbincang dan berkongsi idea untuk cadangan jalan penyelesaian cabaran mereka. Kesemua nampak gembira kerana belum pernah menghadiri sesi seperti ini.

Bual bisnes santai dengan Azharee Wahid

Bual bisnes santai dengan Azharee Wahid

Semoga idea dari Saudara Azharee Wahid – Pakar Perancangan Perniagaan ini akan diteruskan ke masa hadapan.

Sekiranya anda berminat untuk hadir ke Sesi Pitch n Inspire @ Bual Bisnes Santai ini, anda boleh SMS/WhatsApp Saudara Azharee sendiri di 0176779886.

Selamat ber-pitching dan ber-network semua!

~ Azharee Wahid (www.azharee.com) adalah pengasas www.PlanYourBiz.com dan pencetus idea Pitch n Inspire @ Bual Bisnes Santai.

Pitch ‘n’ Inspire @ Bual Bisnes Santai #3 – Album foto