Category Archives: Bahasa Melayu

Pitch ‘n’ Inspire @ Bual Bisnes Santai Bersama Azharee Wahid #4

Alhamdulillah selesa sudah Sesi Pitch ‘n’ Inspire @ Bual Bisnes Santai Bersama Azharee Wahid #4 minggu lepas. Walaupun kehadiran adalah cuma 6 orang namun perbincangan kecil ini amat menarik perhatian semua yang hadir. Sesi yang dijalankan secara santai ini telah membuka ruang baru untuk Usahawan dan Bakal Usahawan yang hadir berkongsi cabaran utama dalam bidang perniagaan.

Di antara isu hangat diperbincangkan adalah isu berhadapan dengan ahli keluarga terdekat untuk meyakinkan mereka rancangan kita dalam memulakan atau meneruskan perniagaan secara full-time. Banyak idea baru telah dilontarkan terutamanya daripada usahawan yang telah lama bergerak secara full-time. Nampak gayanya cabaran kita semua sama, tidak kira bagi yang baru atau yang lama.

pni#4

Terima kasih kepada yang sudi hadir.

Ikhlas dari,

Azharee Wahid @ www.azharee.com

~ Azharee Wahid (www.azharee.com) adalah pengasas www.PlanYourBiz.com dan pencetus idea Pitch ‘n’ Inspire @ Bual Bisnes Santai.

Pitch ‘n’ Inspire @ Bual Bisnes Santai #3 Bersama Azharee Wahid

Alhamdulillah sesi Pitch ‘n’ Inspire @ Bual Bisnes Santai #3 yang amat bermanfaat ini berjaya dilaksanakan pada 15hb Februari 2014 dengan penuh perbincangan yang amat bermakna. Peserta yang hadir terdiri dari pelbagai lapisan usahawan; tukang jahit, katerer, pengeluar coklat Muslimin, pengusaha Butik Muslimah & Franchise partner Gloria Jean’s.

Antara perkara yang menarik diperbincangkan adalah cabaran usahawan dalam mendapatkan kakitangan yang berkualiti. Selain itu, isu pemasaran juga menjadi topik hangat dan juga aktiviti kebajikan oleh usahawan.

Usahawan yang berkongsi cabaran tersebut telah memilih 2 pemenang utama untuk Pitch lebih panjang dalam perkongsian cabaran dakam bisnes. Tn.Hj. Esa, pengasas Butik Muslimah Sahabat dan Puan Seri, pengasas Coklat Muslimin menjadi pemenang. Selepas Pitch panjang kesemua peserta terus berbincang dan berkongsi idea untuk cadangan jalan penyelesaian cabaran mereka. Kesemua nampak gembira kerana belum pernah menghadiri sesi seperti ini.

Bual bisnes santai dengan Azharee Wahid

Bual bisnes santai dengan Azharee Wahid

Semoga idea dari Saudara Azharee Wahid – Pakar Perancangan Perniagaan ini akan diteruskan ke masa hadapan.

Sekiranya anda berminat untuk hadir ke Sesi Pitch n Inspire @ Bual Bisnes Santai ini, anda boleh SMS/WhatsApp Saudara Azharee sendiri di 0176779886.

Selamat ber-pitching dan ber-network semua!

~ Azharee Wahid (www.azharee.com) adalah pengasas www.PlanYourBiz.com dan pencetus idea Pitch n Inspire @ Bual Bisnes Santai.

Pitch ‘n’ Inspire @ Bual Bisnes Santai #3 – Album foto

Bentangkan Impian Bisnes Anda

It means Presenting Your Business Dream in Malay language.

After the successful first event in Malay language organized by Abd Azharee Abdul Wahid of Synstyle Creative Ventures, he did it again on 4th October 2013 (Friday) with a focus on presenting your business dream.

This time, Pitch ‘n’ Win @ Bual Bisnes Santai #2 was hosted by Azharee’s assistant, Adham Dee who did a great job in facilitating the presentations and discussion.

Pitch 'n' Win dalam Bahasa Melayu

Pitch ‘n’ Win dalam Bahasa Melayu

All presenters pitched in Malay language. There were both Malay and non-Malay presenters. The pitch winners were Neal Izham bin Sharifudin and David Tan.

Pitch ‘n’ Win @ Bual Bisnes Santai #2 – Photo album